Tempahan daripada Pn. Norizan untuk birthday anaknya Mukhlisa dan Izzat…..Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki….amin.
Ahad, 29 Mei 2011
Selamat Hari Lahir Mukhlisah & Izzat
Tempahan daripada Pn. Norizan untuk birthday anaknya Mukhlisa dan Izzat…..Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki….amin.
Kek untuk Wan Azroy
Hari ni pi belajar buat deco kek rumah Cikgu Zaridah(kawan se MPPM) di Taman Warisan Putri, Seremban. Sempena majlis perkahwinan anakbuah Mohamad Hirwan so kak Mai ambil kesempatanlah buat kek ni untuknya. Terima kasih daun keladi diucapkan kepada Cikgu Zarida kerana telah memberi ilmu yang saya rasa memang berbaloi-baloi… Alhamdulillah…. nanti nak tuntut ilmu lagi ye…… semoga Cikgu Zaridah dikurniakan kesihatan dan dimurahkan rezeki…..amin.
Inilah rupa kek yang telah siap dideco di rumah cikgu Zarida tadi……
Dan kepada Wan Azroy busu ucapkan “Selamat Pengantin Baru” nanti kek ni busu bawa balik kampung Wan potong yer………
Sabtu, 14 Mei 2011
Selasa, 10 Mei 2011
Selamat Hari Ibu (2)
Tempahan kek daripada Pn. Azyra untuk ibunya. Semoga berpuas hati. Selamat Hari Ibu buat Azyra dan ibunya.Terima kasih.
Sabtu, 7 Mei 2011
SELAMAT HARI IBU
Selamat Hari Ibu buat HJH FATMAH HJ BAKAR (mak), HJH KESOM MD SALEH(mertua), NORMAH HJ BAKAR (acik), SAADIAH HJ BAKAR (busu), HJH MAIMON HJ JALIL(kak long), MURNI MD. SAP, INDON MD SAP, dan semua keluarga yang bergelar ibu,/ emak/ umi. Dengan didikan dan limpahan kasih sayang teruskan menjadi ibu terbaik,,,INSYALLAH.
Khamis, 5 Mei 2011
Coklat & Vanilla buttercake
Tempahan daripada Pn. Amani sempena ulangtahun kelahirannya semalam. He he he….asalnya nak ambil 4.5.2011 tapi disebabkan berkursus maka keknya ditangguhkan. Petang semalam dpt msg nak kek 5.5.2011. Memandangkan 5.5.2011 ada LADAP ….kak Mai adun gak kek untuknya malam tu. Hari ni lepas LADAP terus siapkan keknya….Alhamdulillah siap. Diharapkan Pn. Amani berpuas hati dengan kek tersebut. Selamat Hari Lahir…..
Vanilla cupcakes
Tempahan ke empat Pn. Mawardatur nak makan-makan sempena birthday hubbynye….saja nak macam-macam filling so kak my letak 6 jenis filling: strawberry, mango, blueberry, kiwi, orange & lemon. TQ Mawar.
Langgan:
Catatan (Atom)